Monday, June 27, 2011

KECUAIAN

Pengguna bilik PPSMI diharap lebih bertanggungjawab semasa, selepas menggunakan bilik tersebut. Daun pintu bilik tersebut didapati terbuka kerana tidak ditutup dengan sempurna setelah digunakan oleh pelajar. Gambar di bawah dirakam pada pagi Isnin (27.6.2011 - jam 7.10pagi). Guru yang menyerahkan kunci kepada pengguna lain perlu juga bertanggungjawab dan memastikan pengguna bilik tersebut sentiasa mematuhi peraturan sebagai salah satu langkah pencegahan agar sebarang kesulitan, kehilangan peralatan dapat dielakkan. Kerjasama dan keprihatinan semua adalah diharapkan.