Tuesday, October 9, 2012

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

Mesyuarat Panitia Matematik kali ke-3 telah diadakan pada 9.10.2012 (Isnin) bertempat di bilik guru, dan dipengerusikan oleh Pn. Zaida bt Zi.


Pencatat: Pn. Robalkhis bt Mohd. Zain



Kehadiran: Pn. Zaida, Pn. Kalsom, Pn. Robalkhis, Pn. Ummi, Pn. Suhana, Pn. Salmah dan En. Musalli

Thursday, July 19, 2012

PENGGUNAAN CD SAINS TINGKATAN 1, DAN 3

Pn. Zarina dan Pn. Rohaizah memperbetulkan paparan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dari desktop ke projektor agar sentiasa mengikut resolusi yang betul untuk kegunaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains tingkatan 1 dan Tingkatan 3

Thursday, July 12, 2012

KEM KECEMERLANGAN MATEMATIK PMR 2012

Kem Kecemerlangan Matematik telah dianjurkan oleh Unit Sains dan Matematik PPD Hulu Selangor.  Kem tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Al Farabi SMK Taman Bunga Raya. 173orang pelajar dari 17buah sekolah di Daerah ini telah menyertai kem ini.  SMK. Sg. Choh telah menghantar 10orang peserta GALUS.

Pn. Robalkhis sedang membuat pendaftaran kehadiran peserta dari SMK. Sg. Choh.

Pn. Low guru cemerlang matematik dari SMK KKB mengendalikan sesi ceramah. Antara tajuk yang dititikberatkan ialah LOCUS, LOCI, ALGEBRAIC EXPRESSION, GEOMETRIC CONSTRUCTION



Guru Pengiring: Pn. Robalkhis dan En. Musalli.  Mereka juga diminta menjadi Fasilitator semasa kem tersebut dijalankan

Wednesday, July 11, 2012

PBS MEMBUAT MODEL KAPAL SELAM

Pelajar tingkatan 1 membuat model kapal selam untuk memenuhi kriteria Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kumpulan dari 1Delima membuat pembentangan tentang jirim

Hasil model kapal selam yang dihasilkan



Wednesday, May 23, 2012

LADAP PBS SAINS

LADAP untuk PBS Sains telah diadakan di Bilik Makmal Sains 4. Prosedur pentaksiran PBS telah disampaikan oleh Pn. Rohaizah bt Ishak. Turut hadir, Pn.Hjh. Asmah bt Kassim, GKMP Sains dan Matematik

Monday, April 9, 2012

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012

Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK Pelaksana Minggu Sains dan Matematik. Beliau berharap agar pelajar menguasai Sains dan Matematik dari masa ke semasa

Pn. Hjh. Asmah bt Kassim memberi ucapan sempena Minggu Sains Dan Matematik yang berlangsung mulai 2.4.2012 hingga 6.4.2012 yang bertemakan "SAINS DAN MATEMATIK MENJANA KEHIDUPAN"

Solar Cooking
Antara pengisian Minggu Sains dan Matematik ialah Kuiz Sains dan Matematik, Word Puzzle, Explorace, Carta dan Model, Pertandingan Pelancaran Roket Air, Solar Cooking, dan Parachute Egg

Monday, June 27, 2011

KECUAIAN

Pengguna bilik PPSMI diharap lebih bertanggungjawab semasa, selepas menggunakan bilik tersebut. Daun pintu bilik tersebut didapati terbuka kerana tidak ditutup dengan sempurna setelah digunakan oleh pelajar. Gambar di bawah dirakam pada pagi Isnin (27.6.2011 - jam 7.10pagi). Guru yang menyerahkan kunci kepada pengguna lain perlu juga bertanggungjawab dan memastikan pengguna bilik tersebut sentiasa mematuhi peraturan sebagai salah satu langkah pencegahan agar sebarang kesulitan, kehilangan peralatan dapat dielakkan. Kerjasama dan keprihatinan semua adalah diharapkan.

Sunday, May 1, 2011

PELANTIKAN GKMP SAINS DAN MATEMATIK

Tahniah kepada Pn. Asmah bt Kassim kerana telah dilantik menjawat jawatan GKMP Sains Dan Matematik mulai 1.4.2011

Friday, January 14, 2011

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

Mesyuarat diadakan di Bilik PPSMI. Pn. Hjh. Nor'aini (Pemangku Pengetua) sedang menyampaikan ucapan.

Wednesday, August 11, 2010

PREVENTIVE MAINTANANCE

Beberapa peralatan PPSMI Fasa 6 telah dibawa ke Head Quarters KUB Sdn. Bhd untuk dibaiki. Peralatan tersebut ialah: Projektor MITSUBISHI Bilik PPSMI (No. Siri: PM150000001710876), UPS 2006P Bilik Tayangan (No. Siri: 636B07261) dan AV Box Bilik PPSMI - Model Raim Tree Mobel p.1000.k (No. Siri: 06110062)






Monday, August 2, 2010

MAJLIS PENUTUP MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

GKMP Sains dan Matematik berucap semasa Majlis Penutup Program Minggu Sains dan Matematik

Wednesday, July 28, 2010

ACARA SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Pameran Sains di Pusat Sumber
Pertandingan menyusun tin


Sempena Minggu Sains dan Matematik pelajar sesi pagi telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Unit Beruniform masing-masing untuk menyertai acara pertandingan explorace, pertandingan belon kereta, pertandingan susun tin dan lain-lain lagi

Monday, July 26, 2010

PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SESI PETANG

Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan oleh GPK Petang di tapak perhimpunan pada jam 6.20petang.
Pn. Asmah sedang menyalakan magnesium sebagai tanda pelancaran majlis tersebut

Kain rentang yang telah dilancarkan oleh Pn. Asmah bt Kasim selaku GPK Petang



Tuesday, July 20, 2010

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Mesyuarat AJK Pelaksana Minggu Sains dan Matematik yang akan diadakan pada 26.7.2010 - 30.7.2010 telah dipengerusikan oleh GKMP Sains dan Matematik di Bilik Mesyuarat. Antara atrucara program yang akan dilaksanakan ialah Kuiz Sains & Matematik, Explorace, Permainan, Pameran di PSS, Pertandingan kitar semula dan membuat poster dengan bahan terbuang.

Friday, July 16, 2010

MENUKAR VGA CABLE


En. Anuar b. Mahadi sedang membetulkan VGA Cable setelah menukar VGA Cabel lama yang rosak di Bilik Makmal Sains 4.