Thursday, November 12, 2009

BAIKPULIH LAPTOP LENOVO


Juruteknik KUB Sdn. Bhd sedang membaikpulih laptop lenovo fasa 6.

Wednesday, November 11, 2009

PREVENTIVE MAINTAINANCE

En. Mohd. Azlan b. Hassan, Juruteknik Komputer JCOM Systems Sdn. Bhd. sedang mengimbas virus Desktop fasa 5 di Bilik PPSMI.

Saturday, October 31, 2009

PERKONGSIAN ILMU TEKNIK MENJAWAB SOALAN BIOLOGI



Pn. Mardiana bt Yusuf sedang memberikan ceramah perkongsian ilmu teknik menjawab soalan Biologi Kertas 3. Terima kasih kepada penganjur program yang amat memberi manfaat kepada pelajar ini.


Thursday, October 29, 2009

KECURIAN UPS DAN CUBAAN MENCURI SPEAKER

Mangga pengunci speaker di bilik 6 Rendah B ini telah dipotong dalam usaha untuk mencuri speaker yang berada dalam sangkarnya.

Kelihatan Mangga sangkar speaker di bilik 6 Rendah C (gambar bawah) juga telah dipotong dalam cubaan untuk mencuri speakernya. Speaker di bilik 6 Rendah A beserta alat tukul yang diambil oleh Pengawal Keselamatan sebelah malam ketika meronda di bangunan Blok F. Keadaan sangkar speaker di bilik 6 Rendah A yang telah dipotong mangga penguncinya. Alat UPS di bilik 6 Rendah D yang telah dicuri. Kesemua kejadian ini disedari oleh Pengawal Keselamatan apabila membuat rondaan sebelah pagi 16 Oktober, 2009 (Jumaat) Kerjasama guru dan pelajar tingkatan 6 yang berada di Blok F, amat diharapkan agar melaporkan dengan segera apabila menyedari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di bilik kelas masing-masing.

Saturday, October 10, 2009

PEMASANGAN KABEL LAN

Pekerja syarikat komputer sedang menyiapkan kemudahan Local Area Network agar bilik PPSMI dapat akses ke internet.

Thursday, July 23, 2009

TERIMA SEMULA LAPTOP

Pn. Azilah sedang mencatat dalam buku Pergerakan Harta Modal setelah menerima semula laptop Lenovo yang telah dibaikpulih. Laptop tersebut masih dalam 3tahun jaminan

Saturday, July 11, 2009

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5

Pn. Salmah bt Manas - Matematik Tambahan
Pn. Norisah bt Tungal - Biologi

Monday, June 15, 2009

PENGGUNAAN BILIK PPSMI

Sesi persekolahan untuk semester ke 2 telah pun bermula.
Gambar menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan bilik PPSMI .


Monday, June 1, 2009

LATIHAN PELANCARAN ROKET AIR

Pelajar Tingkatan 4 Sains sedang membuat latihan pelancaran roket air. Pasukan yang menang akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat Daerah.






Monday, May 18, 2009

MESYUARAT PBS SAINS

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Guru. Pn. Barathei selaku
Ketua Panitia Sains telah memberi taklimat mengenai
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Borang Instrumen Pemantauan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah

Mesyuarat dihadiri oleh semua guru-guru sains.
Turut hadir Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pn. Wan Supiah.

Sunday, April 19, 2009

ALUAN BLOG

Semoga dengan kewujudan blog ini, semua panitia yang bergabung di bawah Ketua Bidang ini,
dapat memberikan komitmen dan iltizam dalam usaha mempertingkatkan prestasi akademik serta sahsiah pelajar SEMESCO. Sebarang pendapat, teguran dan perbincangan yang menjurus ke arah kebaikan bersama adalah amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.