Thursday, October 29, 2009

KECURIAN UPS DAN CUBAAN MENCURI SPEAKER

Mangga pengunci speaker di bilik 6 Rendah B ini telah dipotong dalam usaha untuk mencuri speaker yang berada dalam sangkarnya.

Kelihatan Mangga sangkar speaker di bilik 6 Rendah C (gambar bawah) juga telah dipotong dalam cubaan untuk mencuri speakernya. Speaker di bilik 6 Rendah A beserta alat tukul yang diambil oleh Pengawal Keselamatan sebelah malam ketika meronda di bangunan Blok F. Keadaan sangkar speaker di bilik 6 Rendah A yang telah dipotong mangga penguncinya. Alat UPS di bilik 6 Rendah D yang telah dicuri. Kesemua kejadian ini disedari oleh Pengawal Keselamatan apabila membuat rondaan sebelah pagi 16 Oktober, 2009 (Jumaat) Kerjasama guru dan pelajar tingkatan 6 yang berada di Blok F, amat diharapkan agar melaporkan dengan segera apabila menyedari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di bilik kelas masing-masing.

No comments:

Post a Comment