LADAP untuk PBS Sains telah diadakan di Bilik Makmal Sains 4. Prosedur pentaksiran PBS telah disampaikan oleh Pn. Rohaizah bt Ishak. Turut hadir, Pn.Hjh. Asmah bt Kassim, GKMP Sains dan Matematik
Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK Pelaksana Minggu Sains dan Matematik. Beliau berharap agar pelajar menguasai Sains dan Matematik dari masa ke semasa
Pn. Hjh. Asmah bt Kassim memberi ucapan sempena Minggu Sains Dan Matematik yang berlangsung mulai 2.4.2012 hingga 6.4.2012 yang bertemakan "SAINS DAN MATEMATIK MENJANA KEHIDUPAN"
Solar Cooking Antara pengisian Minggu Sains dan Matematik ialah Kuiz Sains dan Matematik, Word Puzzle, Explorace, Carta dan Model, Pertandingan Pelancaran Roket Air, Solar Cooking, dan Parachute Egg
Pengguna bilik PPSMI diharap lebih bertanggungjawab semasa, selepas menggunakan bilik tersebut. Daun pintu bilik tersebut didapati terbuka kerana tidak ditutup dengan sempurna setelah digunakan oleh pelajar. Gambar di bawah dirakam pada pagi Isnin (27.6.2011 - jam 7.10pagi). Guru yang menyerahkan kunci kepada pengguna lain perlu juga bertanggungjawab dan memastikan pengguna bilik tersebut sentiasa mematuhi peraturan sebagai salah satu langkah pencegahan agar sebarang kesulitan, kehilangan peralatan dapat dielakkan. Kerjasama dan keprihatinan semua adalah diharapkan.
Beberapa peralatan PPSMI Fasa 6 telah dibawa ke Head Quarters KUB Sdn. Bhd untuk dibaiki. Peralatan tersebut ialah: Projektor MITSUBISHI Bilik PPSMI (No. Siri: PM150000001710876), UPS 2006P Bilik Tayangan (No. Siri: 636B07261) dan AV Box Bilik PPSMI - Model Raim Tree Mobel p.1000.k (No. Siri: 06110062)
Sempena Minggu Sains dan Matematik pelajar sesi pagi telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Unit Beruniform masing-masing untuk menyertai acara pertandingan explorace, pertandingan belon kereta, pertandingan susun tin dan lain-lain lagi
Mesyuarat AJK Pelaksana Minggu Sains dan Matematik yang akan diadakan pada 26.7.2010 - 30.7.2010 telah dipengerusikan oleh GKMP Sains dan Matematik di Bilik Mesyuarat. Antara atrucara program yang akan dilaksanakan ialah Kuiz Sains & Matematik, Explorace, Permainan, Pameran di PSS, Pertandingan kitar semula dan membuat poster dengan bahan terbuang.
Beberapa orang pelajar membantu membersihkan bilik PPSMI. Antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan ialah membersihkan contengan atas meja pelajar, mengelap cermin dan menukar alas meja serta menyusun semula kerusi dan meja. Menjamu selera semasa sesi rehat gotong royong (gambar atas)
Pn. Wan Supiah menukar alas meja komputer bilik tersebut
En. Anuar b. Mahadi turut membersihkan contengan atas meja Makmal Sains 4
Mesyuarat Panitia Matematik kali ke-2 yang diadakan di Bilik PPSMI telah dipengerusikan oleh Pn. Salmah bt Manas
Setelah selesai mesyuarat tersebut, guru-guru matematik telah mengadakan jamuan perpisahan untuk GPK HEM, Pn. Nor Hapipah, yang akan bertukar dan menjawat jawatan Pengetua di SMK. Gedangsa